SELAMAT HARI RAYA
raya di perantauan
Assalammualaikum uooollllssss...!!!!! first saya Meira Raudhah binti Mat Zah nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada seluruh umat islam di dunia ini......dengan ini juga saya ingin memohon seribu keampunan dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada para blogger atau rakan-rakan yang mengenali saya...
Tujuan saya ini ingin berkongsi pengalaman saya beraya di negara orang sebagai perantauan...tahun ini saya terpaksa beraya di London,United kingdom kerana sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang fashion di London College of fashion.....
Di sini sekarang summer and now saya sedang bercuti selama seminggu kerana menyambut Hari Raya bersama orang islam di sana dan kawan-kawan seagama.....di sini sambutan hari raya tidak semeriah malaysia saya sedih kerana rindu dan berjauhan dengan family saya.
Di sini sambutan hari raya sungguh sederhana..kami menyambutnya di masjid dan tiada baju baru pada tahun ini tiada kuih raya, ketupat, lemang dan sebagainya......
Kesimpulannya, kita perlulah kuatkan semangat dan berazam supaya berjaya di negara orang...dengan itu saya berharap orang beraya di malaysia iaitu tanah air kita bersyukur kerana berdekatan dengan family masing-masing....sebab itu ada pepatah mengatakan bahawa 'HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI'.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DAN SALAM LEBARAN DARI SAYA DI SINI
IKHLAS DARI SAYA MEIRA RAUDHAH
No comments:
Post a Comment